Ciri fizikal Ikan aya hitam

Ikan ini berbadan lebih ramping dengan sirip dada yang lebih pendek dibandingkan dengan jenis-jenis ikan aya atau tuna serumpun; panjang badan ia boleh mencapai 145 sentimeter (57 in) dan beratnya bisa mencapai 359 kilogram (791 lb)[5]. Tumbesaran ikan ini diamati lebih perlahan berbanding ikan aya yang seukuran malah mmepunyai jangka hayat lebih lama; menjadikannya rentan terhadap penangkapan yang berlebihan.[1].

Bentuk badannya serupa cerutu pendek dengan muncung runcing. Sisir saring berjumlah 19-27 pada lengkung insang yang pertama. Sirip punggung kedua lebih tinggi daripada yang pertama; sirip dada pendek atau agak panjang, sekira 22-31% FL (fork length) pada spesimen kecil di bawah 60 cm FL atau 16-22% FL untuk spesimen yang lebih besar. Permukaan ventral dari hati polos, tak bergaris-garis.[6]

Bahagian ekor ia berwarna biru gelap metalik; sisi badan dan perut putih keperakan, dengan bercak-bercak membuujur panjang tidak berwarna yang bersusun dalam deretan mendatar. Sirip-sirip punggung, dada, dan perut kehitaman; sirip dubur keperakan; hujung sirip punggung kedua dan sirip dubur tersaput warna kuning; sirip ekor kehitaman dengan coret-coret hijau kekuningan; sirip-sirip kecil di depan ekor kecil (finlet) kuning dengan tepi berwarna kekelabuan.[6]